Thursday, July 29, 2010

Pizza Again With Officemate

Rasanya baru beberapa hari lepas dah makan pizza dengan family. Semalam, saya & officemate lunch pizza lagi beramai2 di Pizza Hut, Mines (lebih kurang 20 orang agaknya) sempena last day Pn Hazreen di eNCoral. Kami ucapkan selamat bertugas di tempat baru & selamat maju jaya lah hendaknya.



Kebetulan saya memang sangat-sangat lapar ketika tu.. hihihh.


Tuesday, July 27, 2010

Lepak@Warta Bangi

Semalam, Adham petik geng2 lama utk lepak2 & minum2 kat Warta.. dah lama tak melepak macam ni.. Perut pun agak lapar ni.. memang sedap pekena roti canai & teh tarik kat Warta tu.. Sesampainya kat situ, aku tengok ramai betul orang kat luar. Rupa2nya ada operasi menangkap Pendatang Tanpa Izin. Hampir semua pelayan kedai mamak yang kami nak melepak dah kena beratur sebelum diangkut naik lori. Tinggal cashier sahaja.. Nampak gaya kena bancuh teh tarik & tebar roti canai sendiri la ni..



Akibatnya, kami terpaksa makan burger dengan air kelapa.


Dari kiri : Shah (nampak tangan je), Oteng, Adham, Ujang & aku. Kalau ada Ujang, memang tak kering gusi mendengar cerita & lawak2. OK Guys.. Hopefully there will be another gathering/reunion before puasa....

3 Point Lower Strut Bar Ultra Racing For Sale



Item: Lower Strut Bar (Ultra Racing) For Toyota Wish (3 point)
Harga: RM120
Warranti: Tiada. Dah pakai setahun.
Keadaan: 9/10. Ada calar sikit sebab tersagat dengan jalan. huhuh.
Sebab Menjual: Upgrade.

Hubungi saya hasnol[at]nc.com.my / 019-dua satu kosong lima kosong tiga dua.

Pizza Time



Nasi Lemak Antarabangsa

Minggu lepas lepas habis kerja, wife ajak join makan nasik lemak antarabangsa dengan officematenya @ puchong. Kebetulan Didiz pun ada kat KL, jadi sambil makan kami jadi photographer lah. OK jugak lah nasik lemaknya. Lain kali boleh makan kat situ lagi. Lokasinya berhadapan dengan IOI Mall Puchong.

Monday, July 26, 2010

KA Twenty One

Nombor kontroversi. Hari2 parking sebelah.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/KA21dibeliorang/Article

Wednesday, July 14, 2010

Zaman Kereta

Teringat pulak zaman2 baru dapat kereta & baru nak mengenal kereta.. 1997. Wooo dah 13 tahun dah..


1997 : Ini lah kereta aku yang pertama.. Proton Iswara 1.3(M). Booking 6 bulan baru keluar kedai. Gila lama betul aku sabar menunggu. Zaman ni interest kereta 7% setahun. Loan max 90% paling lama utk 6 tahun sahaja. (Sekarang loan boleh pergi sampai 9 tahun, ada jugak yg boleh sampai 10 tahun. Akan datang tak tahu la entah2 boleh buat sampai 20-30 tahun.. Beli helikopter boleh kot?) Setahun lepas tu lagi teruk.. zaman ekonomi meleset, interest naik sampai 10% rasanya.. Masa ni model Iswara kira popular gak la.. Mula2 nak ambik Satria, macho sikit tapi mak tak bagi, 2 pintu susah nak masuk. Ikut je la..

Masa ni berkawan dengan Fadhil yang kaki modified.. lama2 termakan racun. Mula-mula tukar rim 15' BSA. Pastu potong spring kasi lowered sikit. Lama-lama rasa tak best bergegar dashbord bila langgar lubang, tukar spring sport (HotBits). Pastu boring tukar masuk adjustable absober (PRS) lak. Tukar tabung ekzos (Marco), tukar steering, masuk power steering, masuk tacometer besar, modified sana, modified sini, last2 lepas kahwin, jual. hihi..



Ni kereta kedua aku. Proton Waja Limited Edition 1.6(M). Dikeluarkan dari kilang pada tahun 2000. 1st batch production waja. Dalam Malaysia hanya ada 200 unit sahaja. Beza dia, door trim, dashboard & seat kaler cream. Aku beli 2nd hand je dari kawan aku. Dia baru pakai setahun, & decide nak jual. Entah mengapa aku terbekenan, maka aku pun beli la. Rim 17', adjustable absorber (RG), full bodykit.

Masa ni la aku terjebak pulak dengan kawan2 yang minat kereta. Aku join kelab Protonmania. Seronok dapat ramai kawan. Join geng2 BBBangi. Port tempat lepak kami kat stesen minyak Projet BBBangi kat seksyen 8 tu. Sekarang Projet dah tinggal kenangan, jadi Shell pulak. PMC memang ramai ahli seluruh Malaysia. Geng2 BBBangi kami namakan 'nightkids'. Ni idea Ujang merakap penghulu geng PMC Bangi la.. Nama ni diambik dari sebuah nama kumpulan dalam cite animasi Jepun 'Initial-D'. Geng2 BBBangi memang best. Nick2 seperti Ujang, Yusri (Oteng), Hafiz (MatSom), Adham, Fadhil, Zoo, Abas, Toet, Supernatural, Peveyhack, Paeng, Apayz, Mat SengHeng, Zikri (Calm), MatTau, HafezGSR dan lain2.. kami memang sangat akrab. Balik kerja petang2 kami selalu lepak minum2 kat Warta BBBangi. Jumaat malam, time melepak kat Projet, pastu konvoi pergi minum2 lak. Kadang2 kami buat lawatan sambil belajar ke cawangan-cawangan lain.. Sesekali kami "berlari-lari anak" kat Highway Livita. Oh ya.. nick aku dalam PMC ialah 'WERCS'. hihi

Antara barisan kereta-kereta geng nightkids sewaktu di zaman kegemilangannya (2002-2005)..


Zaman berlalu.. batch junior pun ramai yang join.. Kami orang-orang lama semakin lama semakin sibuk dengan kerja, aktiviti harian, keluarga, etc etc.. Ada yang dah berkahwin, beranak pinak, ada yang berpindah negeri, berpindah negara, ada yang dah bertukar kerja, bertukar kereta akhirnya nightkids terkubur.. hihi.. Hanya tinggal nama & kenangan. Aku pun dah tak aktif berforum ataupun join TT. Good luck PMC..

http://www.protonmania.com

Finally, Waja pun aku jual. Jual kat siapa? Jual balik kat kawan aku (1st owner waja ni). Masa dia jual kat aku dulu, dia pernah cakap, "Esok kalau kau nak jual waja ni, kau bagitahu aku.. aku sebenarnya sayang gile kat waja ni." Tak sangka pulak setelah 6 tahun berlalu & masa aku betul2 nak jual Waja ni & bagitahu dia, on the spot dia cakap OK. Esok petangnya dia jumpa aku & bayar cash - full settlement. Akhirnya beliau mendapat balik "janda" beliau ni.. hihi. Dia kata wife dia pun tak tahu pasal ni & dia nak kasi suprise kat wife dia.. (TQ Shidee,..mu memang klahh..)

Kereta ketiga aku. Toyota Wald WW180 PFL full spec recon. Tahun dibuat Oct 2004. Masuk Malaysia Jan 2005. Modified sikit2 je.. Akan dipakai sampai tahun 2020 (kalau panjang umur murah rezeki).




Tuesday, July 13, 2010

Reverse Ring

Apakah "Reverse Ring" ni?
Aku pun baru je tahu pasal alat ni.
Alat ni boleh menukar lens biasa kita menjadi macro lens.
Hanya pasangkan gelang adapter ni kat hujung depan lens anda dan pasangkan ke body kamera anda secara terbalik. Bijak..bijak..



Kos dia.. aku beli online utk 52mm siap pos = RM50. Saje beli. Nak test-test..

Cuma satu je yang payah guna lens macro buatan sendiri ni ialah semuanya kena manual. Autofocus tak function, ISO, aperture dan segala setting2 termasuk la flash pun dah tak function sebab kamera dah tak faham agaknya lens apa yang kita sumbat kat depan tu.

Aku cuba mencari bahan untuk dibuat ujikaji.. Nak cari semut/kerengga/rama2/ulat gonggok/lalat.. punya la payah.. tak jumpa2.. Last2 aku jumpa skru. Skru pun skru la..

OK jugak la dia punya size jadi besoorr. Ini ialah gambar skru menggunakan kits lens Nikon 18-105mm & aku try zoom sebesar2nya dan sedekat2 yang boleh.


Manakala ini pula ialah gambar menggunakan Reverse Ring pada lens Nikon 50mm.


Kedua-dua gambar ini aku tak crop, cuma resize kan pada kadar yang sama.
Setelah berhari2 mencari bahan lain utk ujikaji, aku mengambil keputusan untuk tidak membeli Macro lens 90mm f/2.8 yang tersenarai dalam wish-list aku (buat masa ini lah, akan datang aku tak tahu lagi). Penat weh nak cari subjek.. Hanya orang yang betul2 minat dengan macro & cukup sabar mencari bahan & memfokus objek kecil sahaja yang sesuai beli lens ni. hihih..

Contoh2 gambar dari flickr yang menggunakan teknik ni:
http://www.flickr.com/groups/reverselens/pool. Memang mantap jugak.. (tapi kena pandai edit la.. Kalau tak reti, gambar jadi hancus jugak.. macam aku punya. hihihh)..


/

Sunday, July 11, 2010

Hujung Minggu di Sebuah Pasaraya





Untuk mengelakkan budak2 berlari ke sana ke mari dan bermain kejar-kejar, letak diaorang dalam troli. Senang kerja. Sebenarnya tak boleh ambik gambar kat dalam pasaraya ni.. hihihi. Sorry ye.



Thursday, July 8, 2010

Nombor

"98 makin kaya. Kalau 18 apa pulak maknanya? Dah kaya, belum kaya atau tak kaya?"

"18 - akan kaya. Ni nombor siapa? No kereta baru kemal ke?"

"No plat kereta baru Kemal 1935 kalau di campur jadi 18 la, maknanya klau nak kaya kena keje campur2 la kan?"

"Dah dapat beli kereta tu kira kaya lah.. Tak payah campur2 nombor dah. hehehe".

"Kalau betul bertuah la, tapi jgn yakin sangat semua tu takdir tuhan yang pastinya."

"Tak percaya pun. Saja suka2. Kalau 18 - akan kaya. Kalau 126 - akan senang dapat untung. kalau 98 - bertambah kaya."

"Klau betul, Lina la yang makin2 kaya 998 kan, kami punya nombor 126, bru senang dpt untung belum tentu kaya lagi."

"Tak payah la nak terlalu kaya sangat nanti jadi kayap lagi susah. hihi".


-----------------

Antara perbualan SMS antara aku & mak mertua aku pagi ni. Tertarik juga aku nak tahu pasal kepercayaan orang cina dengan nombor2 yang lain. Jadi aku pun google lah dan inilah hasil yang aku jumpa..

0 SEMPURNA
1 YIT,E BERSATU,AKAN
2 NGI,EA,YI SENANG,MUDAH
3 SAAM,SANG LAHIR,HIDUP
4 SI,SE MATI
5 EM,WU SAYA (mandrin),TIDAK (cantonese)
6 LUK Liu UNTUNG,LANCAR
7 CHIT,CHUT PASTI
8 PAT,FA dlm KAYA,TUAH
9 Q,jiu ABADI

Apa2 pun, aku tak la fanatik sangat dengan kepercayaan-kepercayaan yang tersirat disebalik nombor ni. Sekadar suka dengan nombor yang cantik2 bila disusun atau yang mudah diingat. Didiz pulak ambik nombor tahun lahirnya & tahun lahir wifenya (8283) - (Ramai jugak yang buat style macam ni). Kawan baik aku, Fadhil, telah menggunakan nombor 95 sejak dari zaman belajar lagi. Bermula dengan motor Yamaha SS110 bernombor M??95. Kemudian kereta Proton Knight M??9500, Proton Satria MAF9500, Proton Wira MAR9500, Proton Saga BLM MBQ9500 dan Honda Stream MBM9500. Begitu juga dengan bapanya (Honda Accord MX9500) dan adik beradiknya semuanya 9500. Hmm.. bila dah semua nombor sama dalam keluarga, best pulak ye.. Bila ditanya kenapa 9500? Dia kata sebab 9+5+0+0 = 14. Masa tu dia pakai Satria MAF9500. Jadi kalau digantikan 9500 dengan 14 jadi la MAF14 == MAFIA. haha.. tak dapek la nombor tu.. nombor kereta pelakon Azhar Sulaiman tu.

Beberapa geng-geng lama dalam PMC (nightkids):
- Oteng - Honda Civic (8118)
- Ujang - Nissan Sentra & Honda Civic (6996)

Officemate:
- Sharifudin - Proton Waja (6006)
- Fazli - Toyota Camry & Toyota Vios (7447)
- Fendi - Toyota Wish (1100)
- Fuzal - Toyota Altis (8500) & Myvi (5800)
- En. Amin - Honda Accord (9400)

Ahli-ahli dalam MLM juga biasanya ada nombor special masing2, utk menunjukkan mereka dari MLM atau group yang mana satu.. seperti Hai-O (181 dan 369), Zulian (8848), MXB (6336), CNI (9897) dan lain2..

Sedikit info juga yang aku jumpa kat internet..:

Dato K dan Dato’ Siti Nurhaliza - KCT1 (dengan harga RM66,650), WKF 1, WPT 11, WJA 9966, WNH 9966 dan CAV 9966.
Fasha Sandha - WSX 28, WPY 111 dan WKG 1984.
Asmawi Ani - MAW 1
Tiara Jacquelina - TJ 10.
Pelakon drama dan filem, Zul Huzaimy - AGC 515 dan WMM 515
Rozita Che Wan - WQA 93
Awal Ashaari - AW 41 dan AFM 41.
Zizie Ezette Samad - WRY 2121
AC Mizal - AAC 1.
Pak Lah (time dia jadi PM dulu - kereta rasmi perdana exec - WCH 13)

Bot kat pengkalan nelayan, Marang, Terengganu ni pun ada nombor cantik... hihi..

Wednesday, July 7, 2010

Cuti-cuti @ Terengganu (Part II)

Ada banyak gambar-gambar di Terengganu ni yang aku nak sumbat kat blogspot ni. Sayang kalau disimpan dalam harddisk sahaja & akhirnya silap2 hilang begitu sahaja..

Ni Stadium Sultan Mizan kat Gong Badak Kuala Terengganu yang runtuh dulu (Jun 2009).. Sampai sekarang masih tak diperbaiki?


Gem Beach Resort yang tak ramai orang.. Agaknya sebab Hari Ahad ialah hari bekerja di Terengganu kan?.


Bot-bot nelayan.. kat mana entah. lupa dah. Nasib baik Didiz ada, jadi tourist guide.


 | 

MyGear

MyBlogList I

MyBlogList II

MyBlogList III

  • Salam - Macam dah ada banyak masa nak beramah-mesra dengan makhluk bumi macam dahulu kala. Assalamualaikum semua!
    7 years ago
  • Rahsia Burung Helang - Korang perasan tak, setiap kali kita tengok gambar burung helang ini, mesti gambar dia diambil dari posisi tepi. Bukan dari posisi depan. Perasan tak? Haa....
    8 years ago
  • Salam 2016 - Salam Jumaat untuk semua. Jumaat pertama pada hari pertama untuk tahun 2016 Semoga kita semua terus positif, ceria dan sihat selalu ye
    8 years ago
  • Senai–Desaru Bridge - The tolled expressway is a combination of a four-lane dual carriageway (Senai-Cahaya Baru section) and a two-lane single carriageway (Cahaya Baru-Penawa...
    11 years ago

MyFollowers

MyWishList

  • http://www.bloggerplugins.org
  • CPL/ND8 ---> DONE
  • Tokina 11-16mm ---> DONE
  • LEP4 ---> DONE!
  • ASBMX ---> IN PROGRESS
  • Bali
  • D700
  • Nikkor 70-200f2.8
  • C200

About This Blog

MyFacebookPhotos


  © Blogger template 'Photoblog' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP