Dalam dilema…antara Nikon D5000 dan Nikon D90..
Setelah buat research bertanyakan pada tokey2 kedai kamera, inilah sedikit sebanyak info yang aku dapat:
- D5000 baru keluar pada April 2009, berbanding D90 pada Ogos 2008.
- Secara umum, D90 mempunyai lebih features dari D5000, tetapi ada juga features yang ada pada D5000, tetapi tidak di D90.
- D5000 ialah upgrade version dari D60 &D80.
- D5000 ada ‘swivel’ LCD screen.
- D5000 12.3 Megapixels CMOS Sensor, sensitivity & processor sama macam D90.
- D5000 tak ada IN-BODY AF MOTOR. (Apa ni ye? Tak ada isu kan.. kalau aku guna lens Nikon 18-200mm f/3.5-5.6 G ED-IF AF-S VR DX Zoom-Nikkor?)
- D5000 tak ada Top Panel LCD seperti D90.
- D5000 tak ada ‘Sub Command Dial’.
- Penukaran setting lebih mudah dengan D90 berbanding D5000 kerana disebabkan ketiadaan Top Panel LCD..maka semua setting perlu dibuat menggunakan Main Screen.
- D5000 murah sedikit dari D90. (Perbezaan harga lebih kurang RM500-600 untuk body sahaja).
- D5000 lebih kecil & ringan dari D90.
- D5000 & D90 boleh ‘Live View’ & record video.
- ‘Continuous Shoots’ untuk D5000 ialah 4fps, manakala bagi D90 ialah 4.5fps.
- ‘Viewfinder’ untuk D5000 ialah dari jenis Pentamirror, manakala untuk D90 ialah dari jenis Pentaprism (lebih terang dan jelas).
- Size LCD Monitor D5000 ialah 2.7” dengan 230,000 pixel, manakala D90 ialah 3” dengan 920,000 pixel.
- D5000 mempunyai lebih banyak scene mode berbanding D90.
- D5000 tak boleh pasang Vertical Grip.
- Dan macam2 lain yang aku tak berapa nak faham sangat… hahaha..
Hakikatnya :
- Aku nak beli just utk hobby & suka-suka, belum terlintas utk menjadi photographer professional. Hehe..
- Nak ambik gambar utk disimpan sebagai kenang-kenangan, kalau boleh gambar tu sampai ke anak cucu nanti. (Boleh la depa masukkan gambar atuk2, mak2 menakan, tok cu, tok angah depa dalam blog depa pulak nanti).
- Gambar yang diambik mestilah nak yang lawa..
- Aku dah termakan racun didi & sha. Hukhukhuk..
Apa kata pakar2? D90 atau D5000 atau tak yah beli .. kekeke…













