Jom Main!
/////
http://hasnolmizam.blogspot.com AKU/FAMILIKU/DUNIAKU
Akhirnya sampai jugak hujung minggu yang dinanti-nantikan. Tinggalkan KL. Tinggalkan projek. Tinggalkan kerja-kerja yang terbengkalai buat sementara waktu. SMP Online Apps yang baru sahaja LIVE hari Khamis (04/11/2010) nampaknya masih hidup. Mujurlah tak ada apa2 yang berlaku hujung minggu ni.
Seperti yang dirancang, akhirnya kami sampai Avillion Admiral Cove, Port Dickson & check-in pukul 1pm. Tak de apa yang nak diceritakan sangat, cuma hotelnya ok. Line internetnya free & sangat-sangat laju. Biliknya luas. Pemandangan diluar yang sangat cantik, memang menarik kepada orang2 yang baru nak belajar ambik gambar pemandangan pantai/bot2 macam aku.
Kenapa tajuk entry ni "Cuti-Cuti Birthday"? Sebab sambil bercuti, sambil menyambut harijadi wife (06/11/2010). Layan gambar2 ni dulu, nanti sambung entry Part II.
Posted by HasnolMizam at Monday, November 08, 2010 0 comments
Labels: birthday, family, fun, holiday, lepak
17/10/2010 - Geng XNightkids (Ujang/Fadhil/ParkEnk/Oteng/Shah/Matsom/aku) meneruskan aktiviti dengan mendaki Bukit Broga, Semenyih. Fuhh, dah lama aku tak buat aktiviti macam ni.. Dulu-dulu selalu jugak company buat team building - masuk hutan, berkhemah etc etc.. Sangat2 excited dan teruja!.
Sesudah subuh di masjid semenyih, kami bertujuh sampai di parking lot Bukit Broga kira2 pukul 6.30am gara2 menunggu Ujang yang kerja lambat & ParkEnk yang "On The Way" tapi tak sampai2. Punah la jugak harapan nak ambik gambar matahari terbit.
Perjalanan mendaki dari kaki bukit ke puncak bukit mengambil masa kira-kira 30-45 minit sahaja. Manusia, mak aii.. punyalah ramai. Macam kat shopping complex tengah buat GRAND-SALE. Sampai boleh jem & kena tunggu giliran nak panjat bukit. Hilang akal betul. Yang dah naik pkl 3-4 pagi pun ramai jugak kat atas tu..
Mula-mula naik, aku tengok nyonya tua & budak2 umur 3-4 tahun pun boleh naik selamba. Laaa.... tak ler mencabar kot.. Tapi aku silap... Mencabar jugak rupa2nya. Kalau tak berpeluh sampai kebontot, tak sah ler. Mujur aku masih boleh sampai ke puncak. Matsom yang berbadan besau tu pun pancit tertinggal kat bawah setengah jam lewat. Terpaksa naik helikopter utk ke atas. (acah je).
At last, semua berjaya sampai kat atas termasuk Matsom dan ParkEnk yang sampai kat atas dengan sekali lompat je. Gila laju mamat ni naik walaupun sampai lambat.
Apa lagi.. dengan senjata berat masing2, kami memulakan misi kami - Menangkap gambar.
Posted by HasnolMizam at Monday, October 18, 2010 2 comments
Labels: bukit broga, camera, fun, holiday, landscape, lepak, weekends
08/10/2010 - Dalam pukul 10pm, lepak dengan Ujang, Oteng, ParkEnk & Matsom kat Old Timer Kopitiam Bangi sambil belek2 kamera. Dah lama jugak tak berjumpa dengan geng2 Nightkids ni.. Perjumpaan kali ni lebih kepada 'meraikan' kemasukan ahli baru yang terjebak ke lembah hobi yang mengabihkan borehh ni.. Tahniah kepada Ujang kerana akhirnya terjebak jugak dengan DSLR ni.. wakakaka.. Bersiap sedialah, lepas ni banyak la racun2 rumpai & racun2 round-up yang akan dicurahkan.. Disebabkan Ujang dah tak tahan untuk mencuba mempelajari teknik2/menu2/fungsi2 yang ada kat Canon barunya itu, lepas minum kami pun berangkat ke area Jambatan Putrajaya, tempat paling popular (dan agak membosankan lah) utk mengambil gambar2 malam. Tak apalah.. tak plan betul2 pun, next time kita boleh plan ke tempat yang lebih mencabar lagi. Nasib baik Oteng & Ujang dah ready bawak tripod. Boleh gak ambik guna slow shutter.
Anyway, perjumpaan malam itu sangat menarik. Kami mungkin akan membuat outing yang berikutnya selepas ini.. Tungguu..
Posted by HasnolMizam at Wednesday, October 13, 2010 0 comments
Labels: camera, fun, lepak, weekends
|
WercsImage by WERCS is licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia License. |
© Blogger template 'Photoblog' by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP