Showing posts with label weekends. Show all posts
Showing posts with label weekends. Show all posts

Tuesday, November 9, 2010

Cuti-Cuti Birthday (Part II)

Plan asal cuma kami sekeluarga sahaja yang nak pergi sini. Tapi kemudian 2 orang officemate wife pun nak join sekali (Azrina & Linda). Seminggu kemudian makin ramailah yang nak join sehinggalah akhirnya kami tempah 12 bilik untuk kira-kira 57 orang (termasuk famili masing-masing). Kebetulan mertua pun ada sekali kat KL hujung minggu ni jadi join sekalilah. Sha, Waida & Mawar pun join sekali jadi event ini sangat-sangatlah dinanti-nantikan oleh semua orang.




Sekarang cik Mawar dah pandai buat senyuman kerang busuk. Bila diarah utk senyum untuk diambil gambarnya, beliau akan buat muka macam ni.






Selepas check-in, acara adalah bebas. Samada keluar ke pantai, jalan2 cari makan, jalan2 ambik gambar atau pun berkubang dalam swimming pool.

Acara di waktu malam ialah makan beramai-ramai di restoren Nasreen di area-area Teluk Kemang. Mujurlah kami dah booking tempat & order menu. Kalau tak, tak dapat ler tempat duduk. Ramainya orang makan kat situ.. maju betul restoren ni. Makanannya ok la jugak. Tomyamnya pun sedap.









Lepas makan, kami balik hotel & acara seterusnya ialah acara potong kek harijadi. Ada 5 kek. Ada 2 orang yang sambut harijadi pada hari tersebut (6/11) iaitu wife & wife kepada officemate wife. 3 kek lagi untuk harijadi budak2 lain yang kebetulan sambut pada bulan yang sama.






Aktiviti pagi Ahad untuk budak-budak ni ialah seperti biasa - mandi kolam. Aku pulak - jalan-jalan ambik gambar la..






Tiba masa untuk pulang.. Sebahagian dari staff Megapadu (officemate wife) bergambar sebelum berpisah & pulang. Jumpa lagi, akan datang boleh plan pergi tempat lain pulak.




>>>>>>>>>> GAMBAR-GAMBAR LAIN DI FACEBOOK SAYA DI [SINI] <<<<<<<<<<



Monday, November 1, 2010

Next Cuti-Cuti Malaysia, This Weekend.


///////

Monday, October 18, 2010

Broga Hill

17/10/2010 - Geng XNightkids (Ujang/Fadhil/ParkEnk/Oteng/Shah/Matsom/aku) meneruskan aktiviti dengan mendaki Bukit Broga, Semenyih. Fuhh, dah lama aku tak buat aktiviti macam ni.. Dulu-dulu selalu jugak company buat team building - masuk hutan, berkhemah etc etc.. Sangat2 excited dan teruja!.

Sesudah subuh di masjid semenyih, kami bertujuh sampai di parking lot Bukit Broga kira2 pukul 6.30am gara2 menunggu Ujang yang kerja lambat & ParkEnk yang "On The Way" tapi tak sampai2. Punah la jugak harapan nak ambik gambar matahari terbit.

Perjalanan mendaki dari kaki bukit ke puncak bukit mengambil masa kira-kira 30-45 minit sahaja. Manusia, mak aii.. punyalah ramai. Macam kat shopping complex tengah buat GRAND-SALE. Sampai boleh jem & kena tunggu giliran nak panjat bukit. Hilang akal betul. Yang dah naik pkl 3-4 pagi pun ramai jugak kat atas tu..

Mula-mula naik, aku tengok nyonya tua & budak2 umur 3-4 tahun pun boleh naik selamba. Laaa.... tak ler mencabar kot.. Tapi aku silap... Mencabar jugak rupa2nya. Kalau tak berpeluh sampai kebontot, tak sah ler. Mujur aku masih boleh sampai ke puncak. Matsom yang berbadan besau tu pun pancit tertinggal kat bawah setengah jam lewat. Terpaksa naik helikopter utk ke atas. (acah je).

At last, semua berjaya sampai kat atas termasuk Matsom dan ParkEnk yang sampai kat atas dengan sekali lompat je. Gila laju mamat ni naik walaupun sampai lambat.


Apa lagi.. dengan senjata berat masing2, kami memulakan misi kami - Menangkap gambar.




1.7km je.. kalau naik helikopter, 2 minit sampai. Gunung Tok Wan kami tak pergi. 1st round ni cukup la yang rendah-rendah dulu.



Beratur tunggu giliran untuk naik. Curam giler, dinasihatkan pakai kasut bergrip tinggi.


Sampai satu port baekk punya.., stop kejap bergambar sambil tunggu Matsom yang tak nampak-nampak dah kat belakang.


Perjalanan diteruskan... Langkah demi langkah dihayun menuju puncak.


Hampir sampai. We can do it!


Berhenti sambil ambik nafas dan test kamera.



HORRAY!! Sudah sampai puncak kedua.. pemandangan yang cantik.. teruja betul.









Lebih kurang sejam dua kami kat atas, kami pun turun. Fuh.. ingatkan turun bukit lagi senang rupa2nya lagi bahaya sebab curam & kalau tak berhati2 boleh tergelincir. Sampai kat bawah, semua lutut2 longgar beb.





Atas cadangan ParkEnk, kami terus konvoi 7 kereta ke Pekan Lenggeng utk makan nasik lemak ikan keli power. Ingatkan dekat, rupa2nya mak aii jauh siap masuk highway berpuluh2 kilometer.. Lain kali alang-alang kita terus ke Seremban pun OK jugak.. Apabila sampai, apa lagi.. perut pun sudah sangat2 lapar & penat, apa2 makanan pun sedap giler. (Tapi nasik lemak makcik ni memang sedap, kena dengan sambal udang, ikan keli, telur mata dan macam2 lauk lagi.. lepas makan terus terbongkang kekenyangan).



Ujang di depan sambil menunjukkan skil drift (iye le tu).


Belasahhh.. sudah lapar..


Terbongkang jap..lepak2 sambil bercerita pengalaman melawat negara orang.



Balik rumah, berehat, sampai ke hari ni pun sengal-sengal masih tak hilang.. hehe.
Tapi memang puas. Tunggulah aktiviti seterusnya..
////////

Thursday, October 14, 2010

Restoran Istana Bambu

10/10/10 (Ahad) - Tarikh ni memang lawa.. jatuh pula hari Ahad, memang ramai yang kahwin pada tarikh ni. Tapi tarikh ni tak de la kena mengena dengan tajuk "Restoran Istana Bambu" di atas. Nak dijadikan cerita, sewaktu balik dari rumah mak kat Gombak, kami lalu jalan MRR2, tiba2 aku teringat tentang restoran yang pernah dilawati oleh seorang officemate. Jadi kami try la perati2 kat mana sebenarnya restoran ni.. akhirnya jumpa juga. Ianya terletak kat area2 ulu klang tu lah.. nak explain pun susah jugak, tepi jalan MRR2 tu je lah.

Tak dinafikan, restorannya lawa, kami sampai dah malam. Bila dilimpahi dengan cahaya lampu-lampu, makin bertambahlah keindahan tempat tu. Boleh dikatakan semua perabot/pondok diperbuat dari buluh tapi nampak eksklusif. Dah sampai tu, apa lagi order la. Malas nak komen panjang2, makanannya tak la sedap pun... tapi harganya, dekat 6-7 kali ganda dari warung pak maidin. Tomyam RM24-RM48, telur dadar RM8, teh ais RM5, lemon chicken RM22 dan beberapa lagi yang makanan yang kami order menjadikan total kesemuanya **TOOOOOT**. Kami tak kisah kalau rasanya sedap ataupun setaraf dengan rasa kat hotel, tapi pada aku, sedap lagi makanan kat kedai biasa. Jadi, itulah kali pertama & terakhir aku makan kat situ. :D

Sampai kat rumah, aku try cari review pasal restoran ni kat internet. Jumpa facebook dia : http://www.facebook.com/#!/pages/Istana-Bambu-Sdn-Bhd/123771574310113

Sempat jugak lah aku meninggalkan komen.. rupanya ramai jugak yang tak puas hati servis kat situ.


Wednesday, October 13, 2010

Outing With XNightkids

08/10/2010 - Dalam pukul 10pm, lepak dengan Ujang, Oteng, ParkEnk & Matsom kat Old Timer Kopitiam Bangi sambil belek2 kamera. Dah lama jugak tak berjumpa dengan geng2 Nightkids ni.. Perjumpaan kali ni lebih kepada 'meraikan' kemasukan ahli baru yang terjebak ke lembah hobi yang mengabihkan borehh ni.. Tahniah kepada Ujang kerana akhirnya terjebak jugak dengan DSLR ni.. wakakaka.. Bersiap sedialah, lepas ni banyak la racun2 rumpai & racun2 round-up yang akan dicurahkan.. Disebabkan Ujang dah tak tahan untuk mencuba mempelajari teknik2/menu2/fungsi2 yang ada kat Canon barunya itu, lepas minum kami pun berangkat ke area Jambatan Putrajaya, tempat paling popular (dan agak membosankan lah) utk mengambil gambar2 malam. Tak apalah.. tak plan betul2 pun, next time kita boleh plan ke tempat yang lebih mencabar lagi. Nasib baik Oteng & Ujang dah ready bawak tripod. Boleh gak ambik guna slow shutter.

Anyway, perjumpaan malam itu sangat menarik. Kami mungkin akan membuat outing yang berikutnya selepas ini.. Tungguu..















 | 

MyGear

MyBlogList I

MyBlogList II

MyBlogList III

MyFollowers

MyWishList

  • http://www.bloggerplugins.org
  • CPL/ND8 ---> DONE
  • Tokina 11-16mm ---> DONE
  • LEP4 ---> DONE!
  • ASBMX ---> IN PROGRESS
  • Bali
  • D700
  • Nikkor 70-200f2.8
  • C200

About This Blog

MyFacebookPhotos


  © Blogger template 'Photoblog' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP