Tuesday, September 15, 2009

Raya & Keretaku..

Raya tak sampai seminggu lagi. Mood raya? biasa2 je. Kita pun bukan budak2 lagi.. Kalau zaman kanak2 dulu, memang best la kalau raya2 ni.. Balik kampung jumpa sepupu-sepupu & mak/bapak saudara yang lebih kurang sebaya.. main bunga api/mercun tu dah MESTI. Tahun ni, cuti beraya tapi dalam kepala ada risau jugak dengan projek SMP-UPM ni.. Cuti, cuti jugak.. kepala kena fikirkan semua tu jugak.

Lagi seminggu nak raya, ramai la yang sibuk beli baju raya/kuih raya (final round la konon)/servis kereta.. Hari ni aku pun pergi servis jugakk.. Plan nak pergi semalam tapi semalam tiba2 ada Progress Meeting lak.. postpone la hari ni. Biasanya aku akan hantar ke Mutiara Performance Vehicle (MPVProService). Kat sini memang penuh dengan Wish, Caldina, Estima, Alphard. Pagi2 lagi pkl 9am lagi aku dah sampai. Kalau tak, memang sampai petang la aku kena Q. Tukar minyak hitam Mobil 1 Gold 0W-40, oil filter, minyak gear (ATF) Toyota Type IV, Spark Plug Iridium, Air filter Toyota, Aircond filter Toyota. Habis servis, aku pun ingat nak singgah office. Lalu jalan kat Bandar Kinrara tu. Kat traffic light, elok aku tgh berenti, tiba2 DUM! kereta belakang sondol bumper aku.. adeh.. Malang betul. Brader ni pun minta maaf & cakap dia pun tak perasan. Apa yang dia tak perasan pun tak tahu la.. huhuhu.. Yelah.. nak jadi, apa leh buat. Bumper aku tak la teruk sangat, sikit je.. tapi kalau dah calar-calar tu, sakit jugak la mata memandang. Bonet pun ada kemek sikit. Kereta waja tu, lampu depan pecah, bumper kemek, grill pecah. Yang kesiannya, brader ni sebenarnya dah jual kereta waja dia tu & masa tu dia on the way nak gi hand over kereta Waja dia tu ke Proton Edar. (Trader-in untuk ambik Exora - dah ready pun utk ambik). Borak punya borak.. last2 dia agree utk settle kan semua. Kami pergi ke bengkel, deal semua. Since hari ni dah tak sempat nak start repair, esok pagi la aku akan hantar kereta aku ke bengkel, petang insyallah semua siap. Harap2 siaplah..jgn sampai tak raya pulak aku.. huhuh.




Brader ni kerje kat BERNAS. BERNAS? eNCoral memang pernah buat projek BI dengan BERNAS ni.. Brader ni pun kenal dgn eNCoral esp Samsol Kahar. Hm.. OK la. Aku nak marah pun tak jadi. huhuh.



Terus balik rumah. Mood nak singgah opis hilang kejap.. Kat rumah pun boleh buat kerje jugak apa.. keke.. bukak2 internet, baca email.. dapat perutusan raya, eNCoral bagi duit raya kat semua staff + anak2 staff jugak. Lagi banyak anak, lagi banyak eNC bagi duit raya.. yahooo... Sayang kat eNCoral ni..

2 comments:

Anonymous September 16, 2009 at 11:16 AM  

ciannye..sib bek aa dia sanggu nak bayo..huhu~

Unknown October 5, 2009 at 9:29 AM  

kne kawen cepat2la cmni...eee....

 | 

MyGear

MyBlogList I

MyBlogList II

MyBlogList III

  • Salam - Macam dah ada banyak masa nak beramah-mesra dengan makhluk bumi macam dahulu kala. Assalamualaikum semua!
    7 years ago
  • Rahsia Burung Helang - Korang perasan tak, setiap kali kita tengok gambar burung helang ini, mesti gambar dia diambil dari posisi tepi. Bukan dari posisi depan. Perasan tak? Haa....
    8 years ago
  • Salam 2016 - Salam Jumaat untuk semua. Jumaat pertama pada hari pertama untuk tahun 2016 Semoga kita semua terus positif, ceria dan sihat selalu ye
    8 years ago
  • Senai–Desaru Bridge - The tolled expressway is a combination of a four-lane dual carriageway (Senai-Cahaya Baru section) and a two-lane single carriageway (Cahaya Baru-Penawa...
    11 years ago

MyFollowers

MyWishList

  • http://www.bloggerplugins.org
  • CPL/ND8 ---> DONE
  • Tokina 11-16mm ---> DONE
  • LEP4 ---> DONE!
  • ASBMX ---> IN PROGRESS
  • Bali
  • D700
  • Nikkor 70-200f2.8
  • C200

About This Blog

MyFacebookPhotos


  © Blogger template 'Photoblog' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP