Thursday, May 28, 2009

SMP-UPM


Projek yang aku terlibat sekarang ialah untuk membangunkan Sistem Maklumat Pelajar (SMP), UPM. Fasa 1 ada 34 modul & kena siap by August. Fasa 2 siap hujung tahun.. Team member hampir 40 orang.. Boleh siap ke ni?.. huhuhuh....

Sunday, May 17, 2009

Composite-SVideo-Component-HDMI






Siapa2 yang pakai LCD TV tentu tahu satu perkara... iaitu kalau tengok Astro, gambar hampeh.. So kalau nak improve gambarnya, kena la pakai kabel elok sikit. Antara brand kabel yang terkenal ialah brand Monster. Decoder Astro cuma ada SVideo port dan AV port sahaja, jadi aku guna port SVideo sebab SVideo punya kualiti lebih baik dari composite video. Selain dari upgrade SVideo kabel, aku beli HDMI converter. SVideo kabel dari decoder Astro tu aku sambungkan ke HDMI converter & dari converter tu lak aku sambungkan HDMI kabel terus ke TV LCD. Untuk audio, aku sambungkan composite kabel dari decoder Astro ke AV System aku.. Kabel HDMI adalah jenis Monster 'Ultimate High Speed'. Ini ialah kategori paling tinggi dalam model Monster dengan speed rate 14.9Gbps. Harga yang dijual kat Harvey Norman memang macam tak masuk akal... Kat Seng Heng, utk model Monster 'Standard Speed' pun mereka jual dengan harga RM1400. huhuhu.. Boleh beli 1 lagi TV. Tapi aku dapat murah. hehhe.. Pas ni boleh la pakai Blu-Ray lak.







Hasilnya.. Tengok Astro lagi better la dari sebelumnya. Semakin kurang gambar yang pecah2 & semakin smooth la sikit. Boleh la kasi 4 bintang dari 5. Walaupun apa pun, masih tak boleh tandingi TV CRT... Nak buat cam mana, dapat upscale ke 720p pun tak guna juga kalau source analog 480p. Apa2pun, aku puashati la dengan gambar Astro yang aku dapat.. hihihi.



Maklumat lanjut tentang Monster Cable : http://www.monstercable.com


Remote Control



Secara tak disedari, ada banyak remote control yang kita pakai dalam kehidupan kita.. Paling common ialah remote tv. Walaupun remote tu utk memudahkan kita, tapi kadang2 memeningkan jugak kalau ada banyak sangat butang dan banyak pulak remote2 lain yang kita kena configure.. Kalau nak tgk DVD, source AV kena tukar, DVD player kena on, play, setting subtitle, language, etc etc.. source TV pun kena tukar.. Kalau nak main PS2 lak, source TV & AV pun kena tukar lagi.. Nak tgk Astro, semua tukar lagi.. ish..leceh betul.. Ni antara remote2 yang aku kena cari & guna bila berada di rumah.. Kadang2 puas mencari remote, entah mana-mana entah terselit..

1. Autogate
2. Aircond
3. TV
4. Astro
5. AV System
6. DVD player
7. Autolock/alarm kereta

Nasib baik lampu, kipas, peti ais, washing machine, cerek eletrik & seterika kat rumah aku tak de remote. Kalau boleh semua remote ni combine jadi satu remote je kan senang.. Mungkin semua kena beli brand yang sama.. hmm..

Thursday, May 14, 2009

My Personal GPS Navigator

Untuk entry aku yang kedua selepas testing2, aku rasa aku nak tulis review sikit pasal GPS device yang aku beli 2 bulan lepas..




Sebelum ni aku dah install & guna software Garmin dalam Nokia E90 aku, dan aku rasa bagus jugak kalau ada GPS ni.. kalau sesat2 boleh jugak cari arah. Masalah aku bila guna Garmin dalam hp ni ialah tempoh penggunaannya tak boleh lah sampai 2-3 jam, kalau tak habis la bateri hp aku.. & aku tak suka pakai charger dalam kereta, sebab aku rasa ianya tidak baik untuk kesihatan bateri hp aku. Kadang2 bila aku sedang guna hp utk navigate, orang call pulak.. kan susah tu..

Satu hari aku berjalan2 kat B.B.Bangi, aku tersinggah kat kedai assessori kereta.. ada le jual menatang ni.. Pastu entah kenapa aku ter'berkenan dengan GPS brand Papago ni.. walaupun nama dia macam kelakar, tapi lepas aku belek2 dan tengok features2 dia.. last2 aku pun terbeli la.. Antara features2 yang aku rasa macam best ialah :

- User friendly UI.
- Cara carian yang mudah (Intelligent search function.
- Imej bangunan dan landmark dalam bentuk 3D.
- Real junction view.
- Screen yang agak besar.
- Touch screen - of course.
- Peta Malaysia, Brunei dan Singapore.
- Multi language - Malay, English, Chinese, dll.



Specification:
Processor: Samsung Processor 2443/400 Mhz
GPS module: SiRF Star III
O/S: WinCE .NET 5.0
Screen Size: 4.3″ TFT LCD (Wide Screen)
Memory: 2GB NAND Flash
Battery Life: GPS Navigation – 5 Hours



Mula2 aku pakai, aku rasa aku lagi suka bahasa dalam voice navigation yang digunakan oleh software Garmin. Tak terlalu panjang & ringkas.

Kelebihan dia, aku suka graphic dia.. senang baca, senang baca, senang cari alamat, tempat, point of interest (POI), etc etc..

Personally, aku bagi 4/5 bintang bagi PAPAGO Z-820 ni. Maklumat lanjut tentang GPS ni, boleh download user manual ni kat [SINI] atau di [SINI]




Wednesday, May 13, 2009

Testing 1 2 3

Seperti biasa..
Mula-mula kena test dulu..
Test 1 2 3..
OK.. Success!

 | 

MyGear

MyBlogList I

MyBlogList II

MyBlogList III

  • Salam - Macam dah ada banyak masa nak beramah-mesra dengan makhluk bumi macam dahulu kala. Assalamualaikum semua!
    9 months ago
  • Rahsia Burung Helang - Korang perasan tak, setiap kali kita tengok gambar burung helang ini, mesti gambar dia diambil dari posisi tepi. Bukan dari posisi depan. Perasan tak? Haa....
    1 year ago
  • Salam 2016 - Salam Jumaat untuk semua. Jumaat pertama pada hari pertama untuk tahun 2016 Semoga kita semua terus positif, ceria dan sihat selalu ye
    1 year ago
  • Senai–Desaru Bridge - The tolled expressway is a combination of a four-lane dual carriageway (Senai-Cahaya Baru section) and a two-lane single carriageway (Cahaya Baru-Penawa...
    5 years ago

MyFollowers

MyVisitors

MyWishList

  • http://www.bloggerplugins.org
  • CPL/ND8 ---> DONE
  • Tokina 11-16mm ---> DONE
  • LEP4 ---> DONE!
  • ASBMX ---> IN PROGRESS
  • Bali
  • D700
  • Nikkor 70-200f2.8
  • C200

About This Blog

MyFacebookPhotos


  © Blogger template 'Photoblog' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP