Sunday, October 31, 2010

CLS (D90 + SB600)

Friday, October 29, 2010

180

Malam ni ingat nak sambung buat kerja tapi tiba-tiba jadi blank kejap. Update blog jap. Belek2 hp, terjumpa lak video ni. (Sebenarnya video, tapi aku capture screen sahajalah).

180 toyota wish 1800.
180 suzuki TXR150.
cukup. tak mau buat lagi.
(kecuali emergency case?)

p/s : Teringat cerita "BACK TO THE FUTURE". Suka sangat cerita tu. Skrg ni dok pasang dalam kereta je. Mengikut cerita tu, di tahun 2015, kereta semua dah boleh terbang.. Lagi 5 tahun je lagi ni.. boleh berlaku ke agak2nya..

////////////

Saturday, October 23, 2010

OldTimer Kopitiam @ BBBangi

Rancangan seterusnya mungkin selepas Ujang balik dari Sweeden 1 bulan lagi.









Monday, October 18, 2010

Broga Hill

17/10/2010 - Geng XNightkids (Ujang/Fadhil/ParkEnk/Oteng/Shah/Matsom/aku) meneruskan aktiviti dengan mendaki Bukit Broga, Semenyih. Fuhh, dah lama aku tak buat aktiviti macam ni.. Dulu-dulu selalu jugak company buat team building - masuk hutan, berkhemah etc etc.. Sangat2 excited dan teruja!.

Sesudah subuh di masjid semenyih, kami bertujuh sampai di parking lot Bukit Broga kira2 pukul 6.30am gara2 menunggu Ujang yang kerja lambat & ParkEnk yang "On The Way" tapi tak sampai2. Punah la jugak harapan nak ambik gambar matahari terbit.

Perjalanan mendaki dari kaki bukit ke puncak bukit mengambil masa kira-kira 30-45 minit sahaja. Manusia, mak aii.. punyalah ramai. Macam kat shopping complex tengah buat GRAND-SALE. Sampai boleh jem & kena tunggu giliran nak panjat bukit. Hilang akal betul. Yang dah naik pkl 3-4 pagi pun ramai jugak kat atas tu..

Mula-mula naik, aku tengok nyonya tua & budak2 umur 3-4 tahun pun boleh naik selamba. Laaa.... tak ler mencabar kot.. Tapi aku silap... Mencabar jugak rupa2nya. Kalau tak berpeluh sampai kebontot, tak sah ler. Mujur aku masih boleh sampai ke puncak. Matsom yang berbadan besau tu pun pancit tertinggal kat bawah setengah jam lewat. Terpaksa naik helikopter utk ke atas. (acah je).

At last, semua berjaya sampai kat atas termasuk Matsom dan ParkEnk yang sampai kat atas dengan sekali lompat je. Gila laju mamat ni naik walaupun sampai lambat.


Apa lagi.. dengan senjata berat masing2, kami memulakan misi kami - Menangkap gambar.




1.7km je.. kalau naik helikopter, 2 minit sampai. Gunung Tok Wan kami tak pergi. 1st round ni cukup la yang rendah-rendah dulu.



Beratur tunggu giliran untuk naik. Curam giler, dinasihatkan pakai kasut bergrip tinggi.


Sampai satu port baekk punya.., stop kejap bergambar sambil tunggu Matsom yang tak nampak-nampak dah kat belakang.


Perjalanan diteruskan... Langkah demi langkah dihayun menuju puncak.


Hampir sampai. We can do it!


Berhenti sambil ambik nafas dan test kamera.



HORRAY!! Sudah sampai puncak kedua.. pemandangan yang cantik.. teruja betul.









Lebih kurang sejam dua kami kat atas, kami pun turun. Fuh.. ingatkan turun bukit lagi senang rupa2nya lagi bahaya sebab curam & kalau tak berhati2 boleh tergelincir. Sampai kat bawah, semua lutut2 longgar beb.





Atas cadangan ParkEnk, kami terus konvoi 7 kereta ke Pekan Lenggeng utk makan nasik lemak ikan keli power. Ingatkan dekat, rupa2nya mak aii jauh siap masuk highway berpuluh2 kilometer.. Lain kali alang-alang kita terus ke Seremban pun OK jugak.. Apabila sampai, apa lagi.. perut pun sudah sangat2 lapar & penat, apa2 makanan pun sedap giler. (Tapi nasik lemak makcik ni memang sedap, kena dengan sambal udang, ikan keli, telur mata dan macam2 lauk lagi.. lepas makan terus terbongkang kekenyangan).



Ujang di depan sambil menunjukkan skil drift (iye le tu).


Belasahhh.. sudah lapar..


Terbongkang jap..lepak2 sambil bercerita pengalaman melawat negara orang.



Balik rumah, berehat, sampai ke hari ni pun sengal-sengal masih tak hilang.. hehe.
Tapi memang puas. Tunggulah aktiviti seterusnya..
////////

Thursday, October 14, 2010

Restoran Istana Bambu

10/10/10 (Ahad) - Tarikh ni memang lawa.. jatuh pula hari Ahad, memang ramai yang kahwin pada tarikh ni. Tapi tarikh ni tak de la kena mengena dengan tajuk "Restoran Istana Bambu" di atas. Nak dijadikan cerita, sewaktu balik dari rumah mak kat Gombak, kami lalu jalan MRR2, tiba2 aku teringat tentang restoran yang pernah dilawati oleh seorang officemate. Jadi kami try la perati2 kat mana sebenarnya restoran ni.. akhirnya jumpa juga. Ianya terletak kat area2 ulu klang tu lah.. nak explain pun susah jugak, tepi jalan MRR2 tu je lah.

Tak dinafikan, restorannya lawa, kami sampai dah malam. Bila dilimpahi dengan cahaya lampu-lampu, makin bertambahlah keindahan tempat tu. Boleh dikatakan semua perabot/pondok diperbuat dari buluh tapi nampak eksklusif. Dah sampai tu, apa lagi order la. Malas nak komen panjang2, makanannya tak la sedap pun... tapi harganya, dekat 6-7 kali ganda dari warung pak maidin. Tomyam RM24-RM48, telur dadar RM8, teh ais RM5, lemon chicken RM22 dan beberapa lagi yang makanan yang kami order menjadikan total kesemuanya **TOOOOOT**. Kami tak kisah kalau rasanya sedap ataupun setaraf dengan rasa kat hotel, tapi pada aku, sedap lagi makanan kat kedai biasa. Jadi, itulah kali pertama & terakhir aku makan kat situ. :D

Sampai kat rumah, aku try cari review pasal restoran ni kat internet. Jumpa facebook dia : http://www.facebook.com/#!/pages/Istana-Bambu-Sdn-Bhd/123771574310113

Sempat jugak lah aku meninggalkan komen.. rupanya ramai jugak yang tak puas hati servis kat situ.


Wednesday, October 13, 2010

Bowling Tournament 2010 eNCoral Digital Solutions Sdn Bhd

09/10/2010 - Bertempat di ARL Power Bowl, Alamanda Putrajaya, eNC telah menganjurkan pertandingan bowling dengan customer2 eNC. Entah kenapa eNC menjadi penganjur sahaja & tidak menghantar sebarang wakil/team sendiri untuk sama-sama bermain dengan customer eNC. Mungkin event ni memang untuk customer2 eNC sahaja lah kot.. tak pe lah.. Kita punya lain kali kot. :D





Outing With XNightkids

08/10/2010 - Dalam pukul 10pm, lepak dengan Ujang, Oteng, ParkEnk & Matsom kat Old Timer Kopitiam Bangi sambil belek2 kamera. Dah lama jugak tak berjumpa dengan geng2 Nightkids ni.. Perjumpaan kali ni lebih kepada 'meraikan' kemasukan ahli baru yang terjebak ke lembah hobi yang mengabihkan borehh ni.. Tahniah kepada Ujang kerana akhirnya terjebak jugak dengan DSLR ni.. wakakaka.. Bersiap sedialah, lepas ni banyak la racun2 rumpai & racun2 round-up yang akan dicurahkan.. Disebabkan Ujang dah tak tahan untuk mencuba mempelajari teknik2/menu2/fungsi2 yang ada kat Canon barunya itu, lepas minum kami pun berangkat ke area Jambatan Putrajaya, tempat paling popular (dan agak membosankan lah) utk mengambil gambar2 malam. Tak apalah.. tak plan betul2 pun, next time kita boleh plan ke tempat yang lebih mencabar lagi. Nasib baik Oteng & Ujang dah ready bawak tripod. Boleh gak ambik guna slow shutter.

Anyway, perjumpaan malam itu sangat menarik. Kami mungkin akan membuat outing yang berikutnya selepas ini.. Tungguu..















 | 

MyGear

MyBlogList I

MyBlogList II

MyBlogList III

  • Salam - Macam dah ada banyak masa nak beramah-mesra dengan makhluk bumi macam dahulu kala. Assalamualaikum semua!
    7 months ago
  • Rahsia Burung Helang - Korang perasan tak, setiap kali kita tengok gambar burung helang ini, mesti gambar dia diambil dari posisi tepi. Bukan dari posisi depan. Perasan tak? Haa....
    1 year ago
  • Salam 2016 - Salam Jumaat untuk semua. Jumaat pertama pada hari pertama untuk tahun 2016 Semoga kita semua terus positif, ceria dan sihat selalu ye
    1 year ago
  • Senai–Desaru Bridge - The tolled expressway is a combination of a four-lane dual carriageway (Senai-Cahaya Baru section) and a two-lane single carriageway (Cahaya Baru-Penawa...
    4 years ago

MyFollowers

MyVisitors

MyWishList

  • http://www.bloggerplugins.org
  • CPL/ND8 ---> DONE
  • Tokina 11-16mm ---> DONE
  • LEP4 ---> DONE!
  • ASBMX ---> IN PROGRESS
  • Bali
  • D700
  • Nikkor 70-200f2.8
  • C200

About This Blog

MyFacebookPhotos


  © Blogger template 'Photoblog' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP