Monday, June 29, 2009

Transformers: Revenge of the Fallen

Hari ni jam 5pm @ Alamanda, kami tengok Transformers II dengan Sha, Waida & Yin. Cerita boleh tahan la menarik, cuma yang tak berapa menarik bab tempat duduk.. agak kedepan sedikit. Kimi bantai tido je dalam panggung.. Nantilah..tunggu DVD keluar, tgk kat rumah boleh tengok puas2 lagi.. hehehe..

Sunday, June 28, 2009

Muhammad Hakimi

Bab-bab pasal makan, Kimi tak de masalah.. semua dia boleh try, semua dia boleh makan. Tak cerewet macam abang dia & babah dia. (hihihi). Air fav. dia ialah ais kosong, macam abang dia jugak. Bagus betul, jimat..jimat.. hahah.. Makan boleh tahan jugak tapi badan tak gemuk pun.. memang ikut macam babah dia jugak la kot..

Gambar ini diambil semasa makan malam kat Warong Pak Maidin, Equine Park... Tempat yang kami selalu pergi, walaupun kadang2 dah bosan makan kat situ.

Monday, June 22, 2009

@Bagan Lalang

Hari ni kami berjalan2 ke Bagan Lalang bersama Sha, Waida & Mawar, sambil test lens Nikon AF NIKKOR 70-300mm.. Akhirnya lens tersebut berpindah tuan. hahaha.. YAHOO.. Bertambahlah lens aku.. TQ Sha! Najmi & Kimi pula tak lepaskan peluang untuk terjun ke pantai & bermain pasir.













Sunday, June 21, 2009

@Dataran Putrajaya

Friday, June 19, 2009

Minum Malam @ Al-Azwath

Ambik Najmi balik dari tuition, pergi Al-Azwath makan roti canai, maggi sup sambil tengok bintang.

Wednesday, June 17, 2009

Kembali ke Sekolah

Sekolah dah bukak... Rambut Najmi dah panjang sampai ke mata. Sebelum cikgu potong pakai sebelah mata, baik kita pergi potong dulu..


Monday, June 15, 2009

Finally..

Sunday, June 14, 2009

D90 atau D5000?

Dalam dilema…antara Nikon D5000 dan Nikon D90..

Setelah buat research bertanyakan pada tokey2 kedai kamera, inilah sedikit sebanyak info yang aku dapat:

- D5000 baru keluar pada April 2009, berbanding D90 pada Ogos 2008.
- Secara umum, D90 mempunyai lebih features dari D5000, tetapi ada juga features yang ada pada D5000, tetapi tidak di D90.
- D5000 ialah upgrade version dari D60 &D80.
- D5000 ada ‘swivel’ LCD screen.
- D5000 12.3 Megapixels CMOS Sensor, sensitivity & processor sama macam D90.
- D5000 tak ada IN-BODY AF MOTOR. (Apa ni ye? Tak ada isu kan.. kalau aku guna lens Nikon 18-200mm f/3.5-5.6 G ED-IF AF-S VR DX Zoom-Nikkor?)
- D5000 tak ada Top Panel LCD seperti D90.
- D5000 tak ada ‘Sub Command Dial’.
- Penukaran setting lebih mudah dengan D90 berbanding D5000 kerana disebabkan ketiadaan Top Panel LCD..maka semua setting perlu dibuat menggunakan Main Screen.
- D5000 murah sedikit dari D90. (Perbezaan harga lebih kurang RM500-600 untuk body sahaja).
- D5000 lebih kecil & ringan dari D90.
- D5000 & D90 boleh ‘Live View’ & record video.
- ‘Continuous Shoots’ untuk D5000 ialah 4fps, manakala bagi D90 ialah 4.5fps.
- ‘Viewfinder’ untuk D5000 ialah dari jenis Pentamirror, manakala untuk D90 ialah dari jenis Pentaprism (lebih terang dan jelas).
- Size LCD Monitor D5000 ialah 2.7” dengan 230,000 pixel, manakala D90 ialah 3” dengan 920,000 pixel.
- D5000 mempunyai lebih banyak scene mode berbanding D90.
- D5000 tak boleh pasang Vertical Grip.
- Dan macam2 lain yang aku tak berapa nak faham sangat… hahaha..

Hakikatnya :
- Aku nak beli just utk hobby & suka-suka, belum terlintas utk menjadi photographer professional. Hehe..
- Nak ambik gambar utk disimpan sebagai kenang-kenangan, kalau boleh gambar tu sampai ke anak cucu nanti. (Boleh la depa masukkan gambar atuk2, mak2 menakan, tok cu, tok angah depa dalam blog depa pulak nanti).
- Gambar yang diambik mestilah nak yang lawa..
- Aku dah termakan racun didi & sha. Hukhukhuk..


Apa kata pakar2? D90 atau D5000 atau tak yah beli .. kekeke…


                             





Saturday, June 13, 2009

I Wish My Wish

Wish-wish idamanku .... hihih..

 | 

MyGear

MyBlogList I

MyBlogList II

MyBlogList III

  • Salam - Macam dah ada banyak masa nak beramah-mesra dengan makhluk bumi macam dahulu kala. Assalamualaikum semua!
    9 months ago
  • Rahsia Burung Helang - Korang perasan tak, setiap kali kita tengok gambar burung helang ini, mesti gambar dia diambil dari posisi tepi. Bukan dari posisi depan. Perasan tak? Haa....
    1 year ago
  • Salam 2016 - Salam Jumaat untuk semua. Jumaat pertama pada hari pertama untuk tahun 2016 Semoga kita semua terus positif, ceria dan sihat selalu ye
    1 year ago
  • Senai–Desaru Bridge - The tolled expressway is a combination of a four-lane dual carriageway (Senai-Cahaya Baru section) and a two-lane single carriageway (Cahaya Baru-Penawa...
    5 years ago

MyFollowers

MyVisitors

MyWishList

  • http://www.bloggerplugins.org
  • CPL/ND8 ---> DONE
  • Tokina 11-16mm ---> DONE
  • LEP4 ---> DONE!
  • ASBMX ---> IN PROGRESS
  • Bali
  • D700
  • Nikkor 70-200f2.8
  • C200

About This Blog

MyFacebookPhotos


  © Blogger template 'Photoblog' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP