Broga Hill
17/10/2010 - Geng XNightkids (Ujang/Fadhil/ParkEnk/Oteng/Shah/Matsom/aku) meneruskan aktiviti dengan mendaki Bukit Broga, Semenyih. Fuhh, dah lama aku tak buat aktiviti macam ni.. Dulu-dulu selalu jugak company buat team building - masuk hutan, berkhemah etc etc.. Sangat2 excited dan teruja!.
Sesudah subuh di masjid semenyih, kami bertujuh sampai di parking lot Bukit Broga kira2 pukul 6.30am gara2 menunggu Ujang yang kerja lambat & ParkEnk yang "On The Way" tapi tak sampai2. Punah la jugak harapan nak ambik gambar matahari terbit.
Perjalanan mendaki dari kaki bukit ke puncak bukit mengambil masa kira-kira 30-45 minit sahaja. Manusia, mak aii.. punyalah ramai. Macam kat shopping complex tengah buat GRAND-SALE. Sampai boleh jem & kena tunggu giliran nak panjat bukit. Hilang akal betul. Yang dah naik pkl 3-4 pagi pun ramai jugak kat atas tu..
Mula-mula naik, aku tengok nyonya tua & budak2 umur 3-4 tahun pun boleh naik selamba. Laaa.... tak ler mencabar kot.. Tapi aku silap... Mencabar jugak rupa2nya. Kalau tak berpeluh sampai kebontot, tak sah ler. Mujur aku masih boleh sampai ke puncak. Matsom yang berbadan besau tu pun pancit tertinggal kat bawah setengah jam lewat. Terpaksa naik helikopter utk ke atas. (acah je).
At last, semua berjaya sampai kat atas termasuk Matsom dan ParkEnk yang sampai kat atas dengan sekali lompat je. Gila laju mamat ni naik walaupun sampai lambat.
Apa lagi.. dengan senjata berat masing2, kami memulakan misi kami - Menangkap gambar.
1.7km je.. kalau naik helikopter, 2 minit sampai. Gunung Tok Wan kami tak pergi. 1st round ni cukup la yang rendah-rendah dulu.
Beratur tunggu giliran untuk naik. Curam giler, dinasihatkan pakai kasut bergrip tinggi.
Sampai satu port baekk punya.., stop kejap bergambar sambil tunggu Matsom yang tak nampak-nampak dah kat belakang.
Perjalanan diteruskan... Langkah demi langkah dihayun menuju puncak.
Hampir sampai. We can do it!
Berhenti sambil ambik nafas dan test kamera.
HORRAY!! Sudah sampai puncak kedua.. pemandangan yang cantik.. teruja betul.
Lebih kurang sejam dua kami kat atas, kami pun turun. Fuh.. ingatkan turun bukit lagi senang rupa2nya lagi bahaya sebab curam & kalau tak berhati2 boleh tergelincir. Sampai kat bawah, semua lutut2 longgar beb.
Atas cadangan ParkEnk, kami terus konvoi 7 kereta ke Pekan Lenggeng utk makan nasik lemak ikan keli power. Ingatkan dekat, rupa2nya mak aii jauh siap masuk highway berpuluh2 kilometer.. Lain kali alang-alang kita terus ke Seremban pun OK jugak.. Apabila sampai, apa lagi.. perut pun sudah sangat2 lapar & penat, apa2 makanan pun sedap giler. (Tapi nasik lemak makcik ni memang sedap, kena dengan sambal udang, ikan keli, telur mata dan macam2 lauk lagi.. lepas makan terus terbongkang kekenyangan).
Ujang di depan sambil menunjukkan skil drift (iye le tu).
Belasahhh.. sudah lapar..
Terbongkang jap..lepak2 sambil bercerita pengalaman melawat negara orang.
Balik rumah, berehat, sampai ke hari ni pun sengal-sengal masih tak hilang.. hehe.
Tapi memang puas. Tunggulah aktiviti seterusnya..
////////
2 comments:
GHINDU SAMA ABG2 NI... LAMA TAK DENGO CITER... SHAH PUN DAH TEMBAM SKIT DAH TGK..
***INAVR4RS***
hhihih.. kami semua masih disini. Join2 la kitaorang kat facebook, lagi meriah.
Post a Comment