Tuesday, December 8, 2009

Najmi, Rubik Cube & Basikal

Najmi & His Cube from Hasnol Mizam on Vimeo.


Sejak sebulan yang lepas, aku perasan Najmi dah mula start main kiub rubik ni. Sebenarnya aku dah lama belikan bende ni, cuma aku tak berapa main pun & asyik tersimpan dalam almari je. Mula2 aku dengan bangganya menunjukkan bagaimana babah dia menyusun satu warna dengan jayanya.. Masa tu dia memang satu bende pun tak tahu cam mana nak buat. Lepas tu, aku pun tak de la ambik berat sangat pasal cube ni.. Tapi selepas 2-3 minggu dia berjinak2 dengan mainan ni sorang2, aku perasan makin lama macam dah makin terror je.., Tadi semasa makan malam kat luar, aku cuba nak check berapa saat sebenarnya dia boleh selesaikan utk satu warna. Dalam beberapa kali percubaan, purata masa yang didapati ialah antara 25 saat (best time dia utk malam ni) hingga 40 saat. woww... aku cuba mengatasi masa beliau, tapi agaknya otak aku pun dah se-pickup dulu atau dah lama tak main bende ni, memang tak dapat mengatasi masa tersebut. Kagum lak aku.. Walaupun masa yang diambil ini tak la boleh bersaing dengan genius-genius diluar sana, tapi aku rasa cukup bangga jugak.. sebab aku sendiri pun kalah ditangan dia. Balik rumah, aku try nak rakam aksi beliau, tapi masa yg berjaya aku rakamkan ni ialah 35 saat. Still not bad. Aku tanya, "Ami belajar dengan siapa?". Dia kata "Ami main hentam je". "Kawan2 Ami tahu tak macam mana nak buat ni?". Dia kata "Tak de pun kawan Ami yang main bende ni. Ami main sorang2 je." Ish..kagum aku. Nanti nak kasi belajar utk buat 2 atau semua warna lak.. see how.

Najmi ni macam pickup sikit orangnya. Walaupun kadang2 nampak macam malas sikit. (Macam babah dia masa kecik2 dulu jugak la ni. hehehe.. saja puji diri sendiri). Beliau hanya mengambil masa tak sampai 5 minit utk belajar bawak basikal dengan 2 roda. Itulah kali pertama dia try bawak basikal dengan 2 roda. Hakimi pulak lambat sikit, 10 minit baru boleh bawak. Itu pun tanpa sesiapa tolong pegangkan. Pandai2 dia la nak bawak macam mana.. Aku hanya tgk dari jauh de.. Tgk2 dah laju diaorang kayuh. Seronok betul tgk diaorang berjaya bawak basikal. Babah dulu time belajar bawak basikal, macam2 accident pernah berlaku.. Masuk longkang pun pernah, sampai benjol2..

p/s : Gigi susu kacip Najmi dah patah sebatang. Dah kurang hensem.

1 comments:

Qyren December 9, 2009 at 9:27 AM  

Smart beskal 2....
bukan stakat 25 saat p 10 saat jer dapat wat... otak dia pikap cepat betul... ha3...

 | 

MyGear

MyBlogList I

MyBlogList II

MyBlogList III

  • Salam - Macam dah ada banyak masa nak beramah-mesra dengan makhluk bumi macam dahulu kala. Assalamualaikum semua!
    8 years ago
  • Rahsia Burung Helang - Korang perasan tak, setiap kali kita tengok gambar burung helang ini, mesti gambar dia diambil dari posisi tepi. Bukan dari posisi depan. Perasan tak? Haa....
    8 years ago
  • Salam 2016 - Salam Jumaat untuk semua. Jumaat pertama pada hari pertama untuk tahun 2016 Semoga kita semua terus positif, ceria dan sihat selalu ye
    8 years ago
  • Senai–Desaru Bridge - The tolled expressway is a combination of a four-lane dual carriageway (Senai-Cahaya Baru section) and a two-lane single carriageway (Cahaya Baru-Penawa...
    12 years ago

MyFollowers

MyWishList

  • http://www.bloggerplugins.org
  • CPL/ND8 ---> DONE
  • Tokina 11-16mm ---> DONE
  • LEP4 ---> DONE!
  • ASBMX ---> IN PROGRESS
  • Bali
  • D700
  • Nikkor 70-200f2.8
  • C200

About This Blog

MyFacebookPhotos


  © Blogger template 'Photoblog' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP