Thursday, December 31, 2009

Hakimi's First Day At School

Sekolah : Sekolah Kebangsaan Taman Universiti, Seri Kembangan, Selangor
Kelas : 1 UPSI




Sunday, December 27, 2009

GAP SS Series








Friday, December 25, 2009

Formula Drift Malaysia @ MAEPS

19-20/12/2009 : Sempat tengok Drift @ UPM. Snap la sekeping dua gambar.



Orang kat sebelah menyebelah semua dengan kamera masing2.,. Lens semua canggih2, panjang2..

Aik.. gambar budak ni lagi... (tapi dia tak pergi tengok drift la.. dia kena duduk rumah baca buku. Aku pergi sorang je).

Tuesday, December 15, 2009

SiComel Ber Bumper Baru

Bumper Kenari wife yang asal ni dah banyak calar balar.. Lips pun dah pecah. Macam2 insiden lah.. Semalam baru berjaya ditukarkan. Kebetulan terjumpa dalam http://www.mudah.my. Nasib baik ada orang nak jual 2nd hand. Kebetulan warnanya pun sama.. Bawak balik & tukar sendiri.. settle.. Jenuh jugak nak bukak. Walaupun penat, bila dah siap, puas hati rasanya bila berjaya buat sendiri. Dah tukar baru la nampak comel. Tadaa....

Sunday, December 13, 2009

Bermain basikal di Dataran Putrajaya..


Saturday, December 12, 2009

Best Friend Forever

Friday, December 11, 2009

3 color cube / 50mm f1.8D AF

Hari ni Selangor cuti..
Apa lagi.. jalan2 la..
Jalan punya jalan, terembat pulak Nikkor 50mm f/1.8D AF kat Mines. (Dah lama mengidam ni..)
Test test.. 1 2 3..
On the way nak gi Tesco lak, dalam kereta tiba-tiba Najmi terjerit.. "Ami dah dapat buat 2 warna!"

Wah.. terror.. tinggal satu kotak lagi boleh dapat 3 warna. Try lagi, try lagi..
Beberapa minit kemudian, Ami terjerit lagi.. "Ami dah dapat 3 warna!".


OKlah..teror dah tu. Entah formula mana yang dia guna. Sure main try and error. Nanti babah beli cube 5X5. Baru tau..
OK. Babah nak test lagi 50mm ni.. Test test 1 2 3..




Alamak..lens dah bertambah.. dah tak muat nak masuk beg kecik tu. Ada sesiapa nak jual 2nd hand lowepro? :D

Tuesday, December 8, 2009

Najmi, Rubik Cube & Basikal

Najmi & His Cube from Hasnol Mizam on Vimeo.


Sejak sebulan yang lepas, aku perasan Najmi dah mula start main kiub rubik ni. Sebenarnya aku dah lama belikan bende ni, cuma aku tak berapa main pun & asyik tersimpan dalam almari je. Mula2 aku dengan bangganya menunjukkan bagaimana babah dia menyusun satu warna dengan jayanya.. Masa tu dia memang satu bende pun tak tahu cam mana nak buat. Lepas tu, aku pun tak de la ambik berat sangat pasal cube ni.. Tapi selepas 2-3 minggu dia berjinak2 dengan mainan ni sorang2, aku perasan makin lama macam dah makin terror je.., Tadi semasa makan malam kat luar, aku cuba nak check berapa saat sebenarnya dia boleh selesaikan utk satu warna. Dalam beberapa kali percubaan, purata masa yang didapati ialah antara 25 saat (best time dia utk malam ni) hingga 40 saat. woww... aku cuba mengatasi masa beliau, tapi agaknya otak aku pun dah se-pickup dulu atau dah lama tak main bende ni, memang tak dapat mengatasi masa tersebut. Kagum lak aku.. Walaupun masa yang diambil ini tak la boleh bersaing dengan genius-genius diluar sana, tapi aku rasa cukup bangga jugak.. sebab aku sendiri pun kalah ditangan dia. Balik rumah, aku try nak rakam aksi beliau, tapi masa yg berjaya aku rakamkan ni ialah 35 saat. Still not bad. Aku tanya, "Ami belajar dengan siapa?". Dia kata "Ami main hentam je". "Kawan2 Ami tahu tak macam mana nak buat ni?". Dia kata "Tak de pun kawan Ami yang main bende ni. Ami main sorang2 je." Ish..kagum aku. Nanti nak kasi belajar utk buat 2 atau semua warna lak.. see how.

Najmi ni macam pickup sikit orangnya. Walaupun kadang2 nampak macam malas sikit. (Macam babah dia masa kecik2 dulu jugak la ni. hehehe.. saja puji diri sendiri). Beliau hanya mengambil masa tak sampai 5 minit utk belajar bawak basikal dengan 2 roda. Itulah kali pertama dia try bawak basikal dengan 2 roda. Hakimi pulak lambat sikit, 10 minit baru boleh bawak. Itu pun tanpa sesiapa tolong pegangkan. Pandai2 dia la nak bawak macam mana.. Aku hanya tgk dari jauh de.. Tgk2 dah laju diaorang kayuh. Seronok betul tgk diaorang berjaya bawak basikal. Babah dulu time belajar bawak basikal, macam2 accident pernah berlaku.. Masuk longkang pun pernah, sampai benjol2..

p/s : Gigi susu kacip Najmi dah patah sebatang. Dah kurang hensem.

Monday, December 7, 2009

Tengok TV

Tuesday, December 1, 2009

Cerita Apa-Apa Entah

18/11/2009 (Rabu) - Last minute call, kena pergi ke Brunei dengan Masri & Ubai utk ICMS presentation. Flight Air Asia pkl 5.30pm. Wife hantar ke LCCT masa lunch time. Seperti biasalah... flight delay sampai pkl 8pm. Time wife balik ke office, hujan lebat & tak tahu apa yang dilanggarnya di tengah highway, tayar belakang & rim aku pecah. Nasib baik officemate wife datang tolong tukar tayar spare. Bawak balik office & simpan kereta kat office.



19/11/2009 (Khamis) - Tak banyak perubahan kat sini..sama macam dulu jugak.. Tak sempat nak jumpa Md Zaen. Habis presentation, kami terus ke airport. Flight pkl 8.15PM, & seperti biasa..delay lagi ke pkl 9PM.


20/11/2009 (Jumaat) - Aku balik dari Brunei sampai rumah pkl 2 pagi. Hari ni cuti ler.. tak larat dong.. Bangun pagi pergi office wife, ambik kereta & hantar rim utk repair @ Taman Sg Besi. Nasib baik boleh repair lagi.. RM200 siap Khamis depan. Alamak.. minggu depan mau raya.. sempat ke? Try survey2 rim baru kat Klang. Tak de design yang berkenan pun. Kalau ada pun, confignya tak sama. Susahnya nak cari PCD100 5 lugs offset 45++. Apa2 pun, tunggu la rim aku siap repair. Kalau nak tukar pun, boleh la trade-in, pakai timbang kati pun jadi lah. Buat sementara waktu, pakai kenari wife.


25/11/2009 (Rabu) - Ingat nak balik ke Pengkalan Hulu malam ni, konvoi dengan Sha & Waida. Call tempat repair rim, tak siap lagi..Esok baru siap. Tak pelah. Esok je la balik kampung. Malam ni, tiba2 teringin nak tengok wayang 2012. Balik kerja, terus siap2 satu family & pergi Alamanda. sampai sana tgk2 tiket semua dah habis, yang ada pkl 12 malam. Malas la pulak.. Balik singgah Tmn Equine, pergi beli DVD private 2012. hehehe. Balik rumah tgk sampai habis. Kesan kemusnahan memang power lah.. cuma jalan cite tak menarik sangat pun. Tak logik pun ada.. semua aksi melepaskan diri dari bencana tu, semua lepas.. tak pernah tak lepas. Nasib baik la tak tengok kat wayang tadi. Lepas tgk, terus tidoo.. ZZzzzZZzz

26/11/2009 (Khamis) - Rim siap pkl 2pm. Terus pergi Klang beli tayar pulak. Belasah Falken ZIEX ZE912 225/40R18. Balik rumah, rehat2 kejap, pkl 6pm baru bertolak ke Pengkalan Hulu. Jalan boleh tahan jem.. ramai yang balik kampung malam ni.. sampai Pengkalan Hulu pkl 2 pagi.

27/11/2009 (Jumaat) - Raya.. Cik Gedah sekeluarga & Kak Lin pun beraya kat sini. Akmal sekeluarga, Waida sekeluarga & Yin pun sekali beraya disini. Cuma Didiz je yang tak balik, buat akikah kat Trengganu. Raya2 tak kemana sangat. Tempat paling tak pernah miss kena pergi ialah pekan Baling. Petang Raya kami jalan2 ke situ. Tak de apa pun kat situ..tambah2 hari ni hari Jumaat.. raya pulak tu.. semua kedai tutup ler. Lepas makan malam, kami & Yin,Akmal,Waida,Sha,+ budak2 pergi Kolam Air Panas Ulu Legong. Berendam dalam air panas. Ramai sungguh orang. Balik dah hampir tengah malam.. terus bumm ZZzzzZZzzzz...


28/11/2009 (Sabtu) - Lepas lunch, kami + Akmal, Yin, Sha & Waida pergi jalan2 ke Sg Petani lak.. Jalan2 makan cendol & bihun sup & singgah Tesco & pasar malam. Balik dah malam.. layan TV & terus bummm ZzzzZzzzZzz.

29/11/2009 (Ahad) - Lepas lunch dalam pkl 3pm, sampai masa utk kami balik ke KL. Singgah @ Kuala Kangsar jap sebelum terus masuk highway. Sebaik sahaja masuk highway, jalam terus jem...sampai la ke KL pkl 12 tengahmalam... fuhh 9 jam drive.. Badan pun dah sakit2..terus bummm ZzzzZzzzZzz.

30/11/2009 (Isnin) - MASUK KERJA!!

 | 

MyGear

MyBlogList I

MyBlogList II

MyBlogList III

  • Salam - Macam dah ada banyak masa nak beramah-mesra dengan makhluk bumi macam dahulu kala. Assalamualaikum semua!
    7 years ago
  • Rahsia Burung Helang - Korang perasan tak, setiap kali kita tengok gambar burung helang ini, mesti gambar dia diambil dari posisi tepi. Bukan dari posisi depan. Perasan tak? Haa....
    8 years ago
  • Salam 2016 - Salam Jumaat untuk semua. Jumaat pertama pada hari pertama untuk tahun 2016 Semoga kita semua terus positif, ceria dan sihat selalu ye
    8 years ago
  • Senai–Desaru Bridge - The tolled expressway is a combination of a four-lane dual carriageway (Senai-Cahaya Baru section) and a two-lane single carriageway (Cahaya Baru-Penawa...
    11 years ago

MyFollowers

MyWishList

  • http://www.bloggerplugins.org
  • CPL/ND8 ---> DONE
  • Tokina 11-16mm ---> DONE
  • LEP4 ---> DONE!
  • ASBMX ---> IN PROGRESS
  • Bali
  • D700
  • Nikkor 70-200f2.8
  • C200

About This Blog

MyFacebookPhotos


  © Blogger template 'Photoblog' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP