Pasir Salak Resort
19/06/2010 - 20/06/2010 : Cuti-cuti sambil berkumpul dengan mak/bapa mertua, sha/waida/mawar & akmal/aidil/balkish @ Pasir Salak Resort.
Resort ini terletak di tepi Sungai Perak, tempat di mana J.W.W. Birch mati dibunuh. (Nasib baik tak de hantu datang mengacau). Kami sewa 2 chalet. 1 chalet ada 2 bilik + ruang tamu. Cantik jugak.
Swimming Pool - sesuatu yang takkan dilepaskan oleh budak2 ni..
Sempat juga pusing2 Teluk Intan. First time masuk pekan Teluk Intan.. malam2 lak tu. Dgn bantuan GPS, jumpa jugak Menara Condong yang femes ni. Memang senget pun.. Tak caye tengok gambar ni. hihi.. Waktu malam ada lampu kat menara ni.. siap bertukar2 kaler lak tu.. kejap kuning, kejap hijau, pastu biru.. Tgh demam World Cup.. penuh bendera negara orang. Bendera Malaysia? :D
Pagi Ahad, selepas mandi2 di kolam sekali lagi, kami pergi melawat Kompleks Sejarah Pasir Salak yang terletak bersebelahan sahaja dengan resort. Malangnya sewaktu di dalam muzium, kami tak dibenarkan untuk mengambil sebarang gambar. Walaubagaimanapun, menarik juga miniature2 yang dibuat dalam Terowong Sejarah tu.
Cik Mawar (sepupu Najmi & Kimi) yang comel.
Seronok bila bercuti ni.. dapat tengok tempat orang. Banyak lagi tempat2 yang kami nak redah nanti. hihih.. On the way balik ke KL, kami cadang nak singgah kat Hot Springs Sungai Klah, Sungkai. Tapi disebabkan kesilapan teknikal, terlepas pulak. Tak pe lah. Next time.. Hari ni masuk kerja & masuk sekolah semula. Adehhh.. liatnya rasa. hihihi..
Okeh! Now let's back to work!
2 comments:
hahaha...ini seme salah gps mengong itu!
woooo~
GPS kitaorang betul. Gi update cepat. hehehe..
Post a Comment