Thursday, October 14, 2010

Restoran Istana Bambu

10/10/10 (Ahad) - Tarikh ni memang lawa.. jatuh pula hari Ahad, memang ramai yang kahwin pada tarikh ni. Tapi tarikh ni tak de la kena mengena dengan tajuk "Restoran Istana Bambu" di atas. Nak dijadikan cerita, sewaktu balik dari rumah mak kat Gombak, kami lalu jalan MRR2, tiba2 aku teringat tentang restoran yang pernah dilawati oleh seorang officemate. Jadi kami try la perati2 kat mana sebenarnya restoran ni.. akhirnya jumpa juga. Ianya terletak kat area2 ulu klang tu lah.. nak explain pun susah jugak, tepi jalan MRR2 tu je lah.

Tak dinafikan, restorannya lawa, kami sampai dah malam. Bila dilimpahi dengan cahaya lampu-lampu, makin bertambahlah keindahan tempat tu. Boleh dikatakan semua perabot/pondok diperbuat dari buluh tapi nampak eksklusif. Dah sampai tu, apa lagi order la. Malas nak komen panjang2, makanannya tak la sedap pun... tapi harganya, dekat 6-7 kali ganda dari warung pak maidin. Tomyam RM24-RM48, telur dadar RM8, teh ais RM5, lemon chicken RM22 dan beberapa lagi yang makanan yang kami order menjadikan total kesemuanya **TOOOOOT**. Kami tak kisah kalau rasanya sedap ataupun setaraf dengan rasa kat hotel, tapi pada aku, sedap lagi makanan kat kedai biasa. Jadi, itulah kali pertama & terakhir aku makan kat situ. :D

Sampai kat rumah, aku try cari review pasal restoran ni kat internet. Jumpa facebook dia : http://www.facebook.com/#!/pages/Istana-Bambu-Sdn-Bhd/123771574310113

Sempat jugak lah aku meninggalkan komen.. rupanya ramai jugak yang tak puas hati servis kat situ.


3 comments:

ZR October 14, 2010 at 4:07 PM  

ya betui...tang deco mmg cantik..makanan tak seberapa... mahal je lbh...

hanifalkhin October 15, 2010 at 10:00 AM  

nol aku tau hang memang azali prefer warong pak maidin ada syare ker.....tu jer modal comparison heheh

HasnolMizam October 15, 2010 at 2:11 PM  

Kazaztan : betul betul betul..

falkin : haha.. sebab aku selalu pergi situ, nak buat cam mana.. hhehe

 | 

MyGear

MyBlogList I

MyBlogList II

MyBlogList III

  • Salam - Macam dah ada banyak masa nak beramah-mesra dengan makhluk bumi macam dahulu kala. Assalamualaikum semua!
    7 years ago
  • Rahsia Burung Helang - Korang perasan tak, setiap kali kita tengok gambar burung helang ini, mesti gambar dia diambil dari posisi tepi. Bukan dari posisi depan. Perasan tak? Haa....
    8 years ago
  • Salam 2016 - Salam Jumaat untuk semua. Jumaat pertama pada hari pertama untuk tahun 2016 Semoga kita semua terus positif, ceria dan sihat selalu ye
    8 years ago
  • Senai–Desaru Bridge - The tolled expressway is a combination of a four-lane dual carriageway (Senai-Cahaya Baru section) and a two-lane single carriageway (Cahaya Baru-Penawa...
    11 years ago

MyFollowers

MyWishList

  • http://www.bloggerplugins.org
  • CPL/ND8 ---> DONE
  • Tokina 11-16mm ---> DONE
  • LEP4 ---> DONE!
  • ASBMX ---> IN PROGRESS
  • Bali
  • D700
  • Nikkor 70-200f2.8
  • C200

About This Blog

MyFacebookPhotos


  © Blogger template 'Photoblog' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP