Cuti-cuti @ Terengganu (Part I)
Sempena perkahwinan adik perempuan Norsaini (isteri Didiz) di Kuala Terengganu, kami pun ambik kesempatan utk jalan2 ke sana. Bertolak hari Sabtu pagi2 buta lagi sebab hari Jumaat ada hari Akademik Sekolah Kebangsaan Taman Universiti. Kena jumpa cikgu utk ambik report card Najmi & Hakimi. Kami sampai kira2 pukul 12.30pm kat rumah Didiz. Mak & Abah dah sampai sehari sebelum tu lagi. Rehat2 kejap, terus bersiap utk pergi kenduri di Tok Jiring. Lepas makan2, kami balik dulu rehat sebelum keluar semula jalan2 ke pekan Kuala Trengganu. Sempat melawat masjid Kristal jugak.
Sabtu malam, kami tidur kat rumah Didiz. Layan World Cup depan TV (Germany vs Argentina), last2 tak tau apa dah... bangun esok pagi baru tahu Argentina bungkus 0-4.
Ahad pagi, kami semua pergi breakfast kat kedai depan.. Lepas tu jalan2 pergi pusing2 lagi.. Tengahari kami check-in kat Gem Beach Resort @ Batu Rakit.
Rehat2..petang time for swimming pool!.. hihi.
Malamnya kami pusing2 lagi .. sambil makan malam kat luar. Tak ingat la apa nama kedainya tu.. Tapi dekat2 airport jugak.
Hari Isnin, time utk checkout & pulang. Sebelum check-out, budak2 ni sempat lagi masuk kolam sekali lagi. Lepas check-out, kami bertolak ke Felda Bukit Bading melawat keluarga angkat abah. Masa dia belajar dulu, pernah duduk kat rumah keluarga angkat kat situ selama sebulan, sempena program anak angkat kot.. Sampai sekarang masih lagi berhubung & melawat mereka. On the way, sempat lagi singgah beberapa tempat sambil ambik gambar..
Ni air jus jambu asam boi special. Didiz kata kat sini je yang ada jual. Sedap jugak.
Pkl 4pm baru kami teruskan perjalanan ke KL. Sampai KL, singgah rumah mak kat Gombak pulak. Akhirnya tiba di rumah pkl 11pm.. waduh2..penatnya.. Esok mau kerja / sekolah.. Begitulah tamatnya percutian / lawatan sambil belajar minggu ini.. Next trip mungkin lagi menarik... kepada Sha/Waida/Didiz/Sa/Akmal/Wahiza/+ anak2 sekelian, siap2 la renew passport kalau dah expired tu. Tunggu bulan 11 ya!
2 comments:
waa...ble gie ni?...best kan trg...hehehe...
pergi 3/7 sampai 5/7. 2 hari tak sempat pun nak pusing habis.
Post a Comment