Zaman Kereta
Teringat pulak zaman2 baru dapat kereta & baru nak mengenal kereta.. 1997. Wooo dah 13 tahun dah..
1997 : Ini lah kereta aku yang pertama.. Proton Iswara 1.3(M). Booking 6 bulan baru keluar kedai. Gila lama betul aku sabar menunggu. Zaman ni interest kereta 7% setahun. Loan max 90% paling lama utk 6 tahun sahaja. (Sekarang loan boleh pergi sampai 9 tahun, ada jugak yg boleh sampai 10 tahun. Akan datang tak tahu la entah2 boleh buat sampai 20-30 tahun.. Beli helikopter boleh kot?) Setahun lepas tu lagi teruk.. zaman ekonomi meleset, interest naik sampai 10% rasanya.. Masa ni model Iswara kira popular gak la.. Mula2 nak ambik Satria, macho sikit tapi mak tak bagi, 2 pintu susah nak masuk. Ikut je la..
Masa ni berkawan dengan Fadhil yang kaki modified.. lama2 termakan racun. Mula-mula tukar rim 15' BSA. Pastu potong spring kasi lowered sikit. Lama-lama rasa tak best bergegar dashbord bila langgar lubang, tukar spring sport (HotBits). Pastu boring tukar masuk adjustable absober (PRS) lak. Tukar tabung ekzos (Marco), tukar steering, masuk power steering, masuk tacometer besar, modified sana, modified sini, last2 lepas kahwin, jual. hihi..
Ni kereta kedua aku. Proton Waja Limited Edition 1.6(M). Dikeluarkan dari kilang pada tahun 2000. 1st batch production waja. Dalam Malaysia hanya ada 200 unit sahaja. Beza dia, door trim, dashboard & seat kaler cream. Aku beli 2nd hand je dari kawan aku. Dia baru pakai setahun, & decide nak jual. Entah mengapa aku terbekenan, maka aku pun beli la. Rim 17', adjustable absorber (RG), full bodykit.
Masa ni la aku terjebak pulak dengan kawan2 yang minat kereta. Aku join kelab Protonmania. Seronok dapat ramai kawan. Join geng2 BBBangi. Port tempat lepak kami kat stesen minyak Projet BBBangi kat seksyen 8 tu. Sekarang Projet dah tinggal kenangan, jadi Shell pulak. PMC memang ramai ahli seluruh Malaysia. Geng2 BBBangi kami namakan 'nightkids'. Ni idea Ujang merakap penghulu geng PMC Bangi la.. Nama ni diambik dari sebuah nama kumpulan dalam cite animasi Jepun 'Initial-D'. Geng2 BBBangi memang best. Nick2 seperti Ujang, Yusri (Oteng), Hafiz (MatSom), Adham, Fadhil, Zoo, Abas, Toet, Supernatural, Peveyhack, Paeng, Apayz, Mat SengHeng, Zikri (Calm), MatTau, HafezGSR dan lain2.. kami memang sangat akrab. Balik kerja petang2 kami selalu lepak minum2 kat Warta BBBangi. Jumaat malam, time melepak kat Projet, pastu konvoi pergi minum2 lak. Kadang2 kami buat lawatan sambil belajar ke cawangan-cawangan lain.. Sesekali kami "berlari-lari anak" kat Highway Livita. Oh ya.. nick aku dalam PMC ialah 'WERCS'. hihi
Antara barisan kereta-kereta geng nightkids sewaktu di zaman kegemilangannya (2002-2005)..
Zaman berlalu.. batch junior pun ramai yang join.. Kami orang-orang lama semakin lama semakin sibuk dengan kerja, aktiviti harian, keluarga, etc etc.. Ada yang dah berkahwin, beranak pinak, ada yang berpindah negeri, berpindah negara, ada yang dah bertukar kerja, bertukar kereta akhirnya nightkids terkubur.. hihi.. Hanya tinggal nama & kenangan. Aku pun dah tak aktif berforum ataupun join TT. Good luck PMC..
http://www.protonmania.com
Finally, Waja pun aku jual. Jual kat siapa? Jual balik kat kawan aku (1st owner waja ni). Masa dia jual kat aku dulu, dia pernah cakap, "Esok kalau kau nak jual waja ni, kau bagitahu aku.. aku sebenarnya sayang gile kat waja ni." Tak sangka pulak setelah 6 tahun berlalu & masa aku betul2 nak jual Waja ni & bagitahu dia, on the spot dia cakap OK. Esok petangnya dia jumpa aku & bayar cash - full settlement. Akhirnya beliau mendapat balik "janda" beliau ni.. hihi. Dia kata wife dia pun tak tahu pasal ni & dia nak kasi suprise kat wife dia.. (TQ Shidee,..mu memang klahh..)
Kereta ketiga aku. Toyota Wald WW180 PFL full spec recon. Tahun dibuat Oct 2004. Masuk Malaysia Jan 2005. Modified sikit2 je.. Akan dipakai sampai tahun 2020 (kalau panjang umur murah rezeki).
1 comments:
Bravo!!!
Post a Comment