Tuesday, July 13, 2010

Reverse Ring

Apakah "Reverse Ring" ni?
Aku pun baru je tahu pasal alat ni.
Alat ni boleh menukar lens biasa kita menjadi macro lens.
Hanya pasangkan gelang adapter ni kat hujung depan lens anda dan pasangkan ke body kamera anda secara terbalik. Bijak..bijak..



Kos dia.. aku beli online utk 52mm siap pos = RM50. Saje beli. Nak test-test..

Cuma satu je yang payah guna lens macro buatan sendiri ni ialah semuanya kena manual. Autofocus tak function, ISO, aperture dan segala setting2 termasuk la flash pun dah tak function sebab kamera dah tak faham agaknya lens apa yang kita sumbat kat depan tu.

Aku cuba mencari bahan untuk dibuat ujikaji.. Nak cari semut/kerengga/rama2/ulat gonggok/lalat.. punya la payah.. tak jumpa2.. Last2 aku jumpa skru. Skru pun skru la..

OK jugak la dia punya size jadi besoorr. Ini ialah gambar skru menggunakan kits lens Nikon 18-105mm & aku try zoom sebesar2nya dan sedekat2 yang boleh.


Manakala ini pula ialah gambar menggunakan Reverse Ring pada lens Nikon 50mm.


Kedua-dua gambar ini aku tak crop, cuma resize kan pada kadar yang sama.
Setelah berhari2 mencari bahan lain utk ujikaji, aku mengambil keputusan untuk tidak membeli Macro lens 90mm f/2.8 yang tersenarai dalam wish-list aku (buat masa ini lah, akan datang aku tak tahu lagi). Penat weh nak cari subjek.. Hanya orang yang betul2 minat dengan macro & cukup sabar mencari bahan & memfokus objek kecil sahaja yang sesuai beli lens ni. hihih..

Contoh2 gambar dari flickr yang menggunakan teknik ni:
http://www.flickr.com/groups/reverselens/pool. Memang mantap jugak.. (tapi kena pandai edit la.. Kalau tak reti, gambar jadi hancus jugak.. macam aku punya. hihihh)..


/

2 comments:

hanifalkhin July 13, 2010 at 1:04 PM  

Bahan yg menarik brosssss,aku suke

t_trax July 17, 2010 at 1:20 AM  

hahaaha..mau shoot makro mmg kena sabar bnyk bro..huhuh..penat tp pueh hati hasilnyerr..

 | 

MyGear

MyBlogList I

MyBlogList II

MyBlogList III

  • Salam - Macam dah ada banyak masa nak beramah-mesra dengan makhluk bumi macam dahulu kala. Assalamualaikum semua!
    8 years ago
  • Rahsia Burung Helang - Korang perasan tak, setiap kali kita tengok gambar burung helang ini, mesti gambar dia diambil dari posisi tepi. Bukan dari posisi depan. Perasan tak? Haa....
    8 years ago
  • Salam 2016 - Salam Jumaat untuk semua. Jumaat pertama pada hari pertama untuk tahun 2016 Semoga kita semua terus positif, ceria dan sihat selalu ye
    8 years ago
  • Senai–Desaru Bridge - The tolled expressway is a combination of a four-lane dual carriageway (Senai-Cahaya Baru section) and a two-lane single carriageway (Cahaya Baru-Penawa...
    12 years ago

MyFollowers

MyWishList

  • http://www.bloggerplugins.org
  • CPL/ND8 ---> DONE
  • Tokina 11-16mm ---> DONE
  • LEP4 ---> DONE!
  • ASBMX ---> IN PROGRESS
  • Bali
  • D700
  • Nikkor 70-200f2.8
  • C200

About This Blog

MyFacebookPhotos


  © Blogger template 'Photoblog' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP